Khamis, Jun 03, 2010

Ziarah Melati

29 Mei 2010 - Aku dan keluarga menziarahi Melati di Pauh, Perlis. Misi kami adalah untuk memberi semangat dan sokongan kepada Melati melawan penyakit kansernya.
Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh Melati sekeluarga. Namun dari perbualan dengan Melati, aku dan isteri dapat menyelami isi hatinya yang menderita akibat penyakit tersebut. Walaupun semangatnya masih kuat namun kekadang terkeluar juga kata-kata pasrah dengan apa yang menimpanya.

--Wajah terbaru Melati (rambutnya yg gugur akibat kesan kimo baru mula naik. Berat badannya naik 16 kg akibat kesan ubat yg mengandingi steriod)

Melati ada sekali lagi rawatan kimo pada 1 Jun ini. Namun sehingga berita ini ditulis, Melati masih belum menjalani kimo tersebut kerana dia kekurangan darah putih. Rawatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan kesihatannya mengizinkan.

Seperti yang dijanjikan, kami membawa Melati dan suami bertemu dengan seorang doktor di Sungai Petani bagi mencuba rawatan altenatif untuk membunuh sel-sel kanser yang ada di dalam badannya. Dr Karim berjanji akan merawat Melati menggunakan ubatan altenatif yang tidak memberi kesan sampingan. Menurut Dr Karim sudah ramai pesakit kanser yg berjaya diubati menggunakan kaedah yang diamalkan.

--Dr Karim yg merawat Melati

Namun kos perubatan tersebut agak tinggi. Peringgkat awal kosnya menjangkau RM1500 sebulan. Tiga bulan selepas itu kosnya akan semakin berkurangan. Diharap rakan-rakan dapat terus menyumbang kepada Melati agar Melati dapat meneruskan program rawatannya.

Berbincang dengan Dr Karim --
--Suami Melati turut mencuba rawatan Dr Karim