Isnin, November 15, 2010
MELATI BEBAS DARI KANSER
Saya telah mendapat berita gembira yang mengatakan Melati telah sembuh daripada penyakit kanser yang dihidapinya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menyumbang. Semoga Allah sahaja yang akan memberi ganjarannya kepada kalian yang bermurah hati.
Khamis, Jun 03, 2010
Ziarah Melati
--Wajah terbaru Melati (rambutnya yg gugur akibat kesan kimo baru mula naik. Berat badannya naik 16 kg akibat kesan ubat yg mengandingi steriod)
Melati ada sekali lagi rawatan kimo pada 1 Jun ini. Namun sehingga berita ini ditulis, Melati masih belum menjalani kimo tersebut kerana dia kekurangan darah putih. Rawatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan kesihatannya mengizinkan.
Seperti yang dijanjikan, kami membawa Melati dan suami bertemu dengan seorang doktor di Sungai Petani bagi mencuba rawatan altenatif untuk membunuh sel-sel kanser yang ada di dalam badannya. Dr Karim berjanji akan merawat Melati menggunakan ubatan altenatif yang tidak memberi kesan sampingan. Menurut Dr Karim sudah ramai pesakit kanser yg berjaya diubati menggunakan kaedah yang diamalkan.
Namun kos perubatan tersebut agak tinggi. Peringgkat awal kosnya menjangkau RM1500 sebulan. Tiga bulan selepas itu kosnya akan semakin berkurangan. Diharap rakan-rakan dapat terus menyumbang kepada Melati agar Melati dapat meneruskan program rawatannya.
Sabtu, Mei 15, 2010
Pelancaran Tabung Derma Untuk Sahabat Kita, Melati
Sudilah menghulurkan bantuan untuk rakan kita Melati (point 7, paling tengah dalam gambar di bawah) yang sedang menderita mengidap kanser. Semoga dengan bantuan ikhlas yang kita hulurkan akan dapat meringankan beban Melati dan keluarga menanggung kos rawatan penyakitnya yang tinggi.

Selepas beberapa minit menghubungi Melati, Aku menerima sms berikut:
"Sedih hati aku... bila aku kena kanser. Aku berjuang untuk anak-anak aku. Time lewat macamni, time aku cry teringat kat anak-anak and suami. Aku pun tak tau lama mana nak bertahan. Zahir aku happy ja. Rupa aku dah tak macam dulu, huduh sangat. Aku tak sanggup nak bersemuka dengan hang atau kawan-kawan lain. Kepala aku botak. Aku tak pernah impi hidup aku macam ni... 12.54 am 15.5.2010."
Sedih betul aku bila membaca mesej tersebut, lantas aku mengambil keputusan untuk melancarkan tabung derma ini untuk Melati dan mendoakan Melati cepat sembuh. Aku amat mengharap kawan-kawan dapat membantu meringankan beban Melati dan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan yang lain. Berilah sumbangan seikhlas yang mungkin.... ini hari Melati, hari kita belum tahu lagi....... moga bila tiba giliran kita ada yang akan membantu..... Allah itu Maha Adil.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M. Melati bt. Abd. Hamid
--Ros
Isnin, Mei 10, 2010
Blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan Jadi Pelengkap
Sekarang aku sedang cuti semester, adalah masa sikit. Melihatkan blog aku yang semakin berserabut, aku mengambil keputusan untuk membina blog baru khas untuk rakan-rakan point 2 MPSP 92/94 berhubung dan mengetahui perkembangan rakan-rakan. Rakan-rakan dari points yang lain juga boleh memanfaatkan blog ini.
Kewujudan blog ini bukanlah nak bersaing dengan blog lain yang menyediakan kemudahan yang sama seperti blog mpseripinang dan mpseripinangning tetapi menjadi pelengkap kepada blog tersebut.
Semasa berkunjung ke rumah Balqis hujung tahun lepas, kami ada melahirkan hasrat untuk membuat perjumpaan dengan rakan-rakan point 2. Semoga dengan kewujudan blog ini akan menjadi jambatan penghubung antara kita dan akan berjaya menemukan kita.
Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan menghantar berita tentang diri dan keluarga masing-masing atau rakan-rakan yang lain agar dapat saya paparkan diblog ini untuk pengetahuan kita semua. Saya sedang mengusahakan paparan alamat dan perkembangan semua rakan point 2. Sekiranya rakan-rakan mempunyai maklumat tersebut hubungilah saya.
Bermula dari sekarang berita dan maklumat tentang MPSP tidak akan dipaparkan di blog santai lagi, sebaliknya akan dipapar di blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan. Kunjungilah blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan di alamat http://mpseripinang9294.blogspot.com/.