Isnin, September 12, 2011

Melati Kembali Ke Rahmatullah


Al-Fatihah buat Melati..

Berita yang mengejutkan... Saya baru dapat berita dari blog Maktab Perguruan Seri Pinang, Melati telah kembali ke rahmatullah pada subuh 10 sept 2011. Takziah diucapkan kepada suami allahyarhamah, saudara Razman dan keluarga. Semoga bersabar dengan pemergian orang yang tersayang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Melati, Redhalah pemergiannya.

Kita doakan semoga Melati ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah ................

Isnin, November 15, 2010

MELATI BEBAS DARI KANSER















Saya telah mendapat berita gembira yang mengatakan Melati telah sembuh daripada penyakit kanser yang dihidapinya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menyumbang. Semoga Allah sahaja yang akan memberi ganjarannya kepada kalian yang bermurah hati.

Khamis, Jun 03, 2010

Ziarah Melati

29 Mei 2010 - Aku dan keluarga menziarahi Melati di Pauh, Perlis. Misi kami adalah untuk memberi semangat dan sokongan kepada Melati melawan penyakit kansernya.
Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh Melati sekeluarga. Namun dari perbualan dengan Melati, aku dan isteri dapat menyelami isi hatinya yang menderita akibat penyakit tersebut. Walaupun semangatnya masih kuat namun kekadang terkeluar juga kata-kata pasrah dengan apa yang menimpanya.

--Wajah terbaru Melati (rambutnya yg gugur akibat kesan kimo baru mula naik. Berat badannya naik 16 kg akibat kesan ubat yg mengandingi steriod)

Melati ada sekali lagi rawatan kimo pada 1 Jun ini. Namun sehingga berita ini ditulis, Melati masih belum menjalani kimo tersebut kerana dia kekurangan darah putih. Rawatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan kesihatannya mengizinkan.

Seperti yang dijanjikan, kami membawa Melati dan suami bertemu dengan seorang doktor di Sungai Petani bagi mencuba rawatan altenatif untuk membunuh sel-sel kanser yang ada di dalam badannya. Dr Karim berjanji akan merawat Melati menggunakan ubatan altenatif yang tidak memberi kesan sampingan. Menurut Dr Karim sudah ramai pesakit kanser yg berjaya diubati menggunakan kaedah yang diamalkan.

--Dr Karim yg merawat Melati

Namun kos perubatan tersebut agak tinggi. Peringgkat awal kosnya menjangkau RM1500 sebulan. Tiga bulan selepas itu kosnya akan semakin berkurangan. Diharap rakan-rakan dapat terus menyumbang kepada Melati agar Melati dapat meneruskan program rawatannya.

Berbincang dengan Dr Karim --
--Suami Melati turut mencuba rawatan Dr Karim

Jumaat, Mei 21, 2010

Cadangan Perjumpaan Point 2

Hujung tahun lepas semasa berkunjung ke rumah Balqis, kami bersetuju untuk mengadakan perjmpaan member-member point 2. Namun sehingga kini masih belum ada tindakan yang serius. Oleh itu saya mencadangkan perjumpaan points 2 dibuat sehari sebelum perjumpaan yang dicadangkan oleh geng utara pada akhir tahun ini.

Kepada ahli-ahli point 2 yang akan hadir pada perjumpaan tersebut boleh berhubung dengan saya untuk kita merancang pertemuan, sama ada di tempat yang sama atau kawasan yang berdekatan. Paling tidak boleh berkunjung ke rumah saya. Rumah saya dengan Teluk Senangin yang menjadi tempat pilihan buat masa ini, hanya kira-kira 90 km dari rumah saya iaitu 1 jam perjalanan.

Semuanya terserah kepada rakan-rakan, sekiranya mahu menjayakan cadangan ini boleh berhubung dengan saya 017-5076314.

Sabtu, Mei 15, 2010

Pelancaran Tabung Derma Untuk Sahabat Kita, Melati

Buat rakan-rakan semua,
Sudilah menghulurkan bantuan untuk rakan kita Melati (point 7, paling tengah dalam gambar di bawah) yang sedang menderita mengidap kanser. Semoga dengan bantuan ikhlas yang kita hulurkan akan dapat meringankan beban Melati dan keluarga menanggung kos rawatan penyakitnya yang tinggi. Semalam aku menghubunginya, suara masih macam dulu juga, ceria dan tak lekang dibibirnya dengan gurauan. Aku sedih dan simpati mendengar cerita penderitaannya mengidap penyakit kanser rahim. Melati terpaksa berulang alik ke hospital di Alor Setar untuk buat kimoterapi, hospital Kangar dah tak terima. Penyakitnya sudah sampai ke stage 4. Semangatnya masih kuat dan ingin mencuba perubatan altenatif, namun kos perubatan yang tinggi menyebabkan dia tidak mampu, apatah lagi suaminya juga pengidap diabetes yang tegar dan sedang menuntut di IPG (guru SAR).

Selepas beberapa minit menghubungi Melati, Aku menerima sms berikut:

"Sedih hati aku... bila aku kena kanser. Aku berjuang untuk anak-anak aku. Time lewat macamni, time aku cry teringat kat anak-anak and suami. Aku pun tak tau lama mana nak bertahan. Zahir aku happy ja. Rupa aku dah tak macam dulu, huduh sangat. Aku tak sanggup nak bersemuka dengan hang atau kawan-kawan lain. Kepala aku botak. Aku tak pernah impi hidup aku macam ni... 12.54 am 15.5.2010."

Sedih betul aku bila membaca mesej tersebut, lantas aku mengambil keputusan untuk melancarkan tabung derma ini untuk Melati dan mendoakan Melati cepat sembuh. Aku amat mengharap kawan-kawan dapat membantu meringankan beban Melati dan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan yang lain. Berilah sumbangan seikhlas yang mungkin.... ini hari Melati, hari kita belum tahu lagi....... moga bila tiba giliran kita ada yang akan membantu..... Allah itu Maha Adil.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M. Melati bt. Abd. Hamid


--Ros

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru. Ucapan khas untuk rakan-rakan yang pernah menuntut di MP Seri Pinang terutama point 2 sesi 92/94. Semoga semuanya sihat dan diberkati Allah sentiasa.

Pada hari guru esok 16 Mei 2010 aku akan buat satu post khas untuk melancarkan tabung derma bagi membantu rakan guru kita yang pernah menuntut di MP Seri Pinang yang sekarang sedang menderita sakit kanser. Aku harap rakan-rakan dapat membantu beliau seikhlas mungkin bagi meringankan beban beliau menanggung kos rawatan penyakitnya.

Selamat Hari Guru, Cikgu.

Isnin, Mei 10, 2010

Blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan Jadi Pelengkap



Sekarang aku sedang cuti semester, adalah masa sikit. Melihatkan blog aku yang semakin berserabut, aku mengambil keputusan untuk membina blog baru khas untuk rakan-rakan point 2 MPSP 92/94 berhubung dan mengetahui perkembangan rakan-rakan. Rakan-rakan dari points yang lain juga boleh memanfaatkan blog ini.


Kewujudan blog ini bukanlah nak bersaing dengan blog lain yang menyediakan kemudahan yang sama seperti blog mpseripinang dan mpseripinangning tetapi menjadi pelengkap kepada blog tersebut.


Semasa berkunjung ke rumah Balqis hujung tahun lepas, kami ada melahirkan hasrat untuk membuat perjumpaan dengan rakan-rakan point 2. Semoga dengan kewujudan blog ini akan menjadi jambatan penghubung antara kita dan akan berjaya menemukan kita.


Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan menghantar berita tentang diri dan keluarga masing-masing atau rakan-rakan yang lain agar dapat saya paparkan diblog ini untuk pengetahuan kita semua. Saya sedang mengusahakan paparan alamat dan perkembangan semua rakan point 2. Sekiranya rakan-rakan mempunyai maklumat tersebut hubungilah saya.


Bermula dari sekarang berita dan maklumat tentang MPSP tidak akan dipaparkan di blog santai lagi, sebaliknya akan dipapar di blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan. Kunjungilah blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan di alamat http://mpseripinang9294.blogspot.com/.