Jumaat, Mei 21, 2010
Cadangan Perjumpaan Point 2
Kepada ahli-ahli point 2 yang akan hadir pada perjumpaan tersebut boleh berhubung dengan saya untuk kita merancang pertemuan, sama ada di tempat yang sama atau kawasan yang berdekatan. Paling tidak boleh berkunjung ke rumah saya. Rumah saya dengan Teluk Senangin yang menjadi tempat pilihan buat masa ini, hanya kira-kira 90 km dari rumah saya iaitu 1 jam perjalanan.
Semuanya terserah kepada rakan-rakan, sekiranya mahu menjayakan cadangan ini boleh berhubung dengan saya 017-5076314.
Sabtu, Mei 15, 2010
Pelancaran Tabung Derma Untuk Sahabat Kita, Melati
Sudilah menghulurkan bantuan untuk rakan kita Melati (point 7, paling tengah dalam gambar di bawah) yang sedang menderita mengidap kanser. Semoga dengan bantuan ikhlas yang kita hulurkan akan dapat meringankan beban Melati dan keluarga menanggung kos rawatan penyakitnya yang tinggi. Semalam aku menghubunginya, suara masih macam dulu juga, ceria dan tak lekang dibibirnya dengan gurauan. Aku sedih dan simpati mendengar cerita penderitaannya mengidap penyakit kanser rahim. Melati terpaksa berulang alik ke hospital di Alor Setar untuk buat kimoterapi, hospital Kangar dah tak terima. Penyakitnya sudah sampai ke stage 4. Semangatnya masih kuat dan ingin mencuba perubatan altenatif, namun kos perubatan yang tinggi menyebabkan dia tidak mampu, apatah lagi suaminya juga pengidap diabetes yang tegar dan sedang menuntut di IPG (guru SAR).
Selepas beberapa minit menghubungi Melati, Aku menerima sms berikut:
"Sedih hati aku... bila aku kena kanser. Aku berjuang untuk anak-anak aku. Time lewat macamni, time aku cry teringat kat anak-anak and suami. Aku pun tak tau lama mana nak bertahan. Zahir aku happy ja. Rupa aku dah tak macam dulu, huduh sangat. Aku tak sanggup nak bersemuka dengan hang atau kawan-kawan lain. Kepala aku botak. Aku tak pernah impi hidup aku macam ni... 12.54 am 15.5.2010."
Sedih betul aku bila membaca mesej tersebut, lantas aku mengambil keputusan untuk melancarkan tabung derma ini untuk Melati dan mendoakan Melati cepat sembuh. Aku amat mengharap kawan-kawan dapat membantu meringankan beban Melati dan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan yang lain. Berilah sumbangan seikhlas yang mungkin.... ini hari Melati, hari kita belum tahu lagi....... moga bila tiba giliran kita ada yang akan membantu..... Allah itu Maha Adil.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M. Melati bt. Abd. Hamid
--Ros
Selamat Hari Guru
Pada hari guru esok 16 Mei 2010 aku akan buat satu post khas untuk melancarkan tabung derma bagi membantu rakan guru kita yang pernah menuntut di MP Seri Pinang yang sekarang sedang menderita sakit kanser. Aku harap rakan-rakan dapat membantu beliau seikhlas mungkin bagi meringankan beban beliau menanggung kos rawatan penyakitnya.
Selamat Hari Guru, Cikgu.
Isnin, Mei 10, 2010
Blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan Jadi Pelengkap
Sekarang aku sedang cuti semester, adalah masa sikit. Melihatkan blog aku yang semakin berserabut, aku mengambil keputusan untuk membina blog baru khas untuk rakan-rakan point 2 MPSP 92/94 berhubung dan mengetahui perkembangan rakan-rakan. Rakan-rakan dari points yang lain juga boleh memanfaatkan blog ini.
Kewujudan blog ini bukanlah nak bersaing dengan blog lain yang menyediakan kemudahan yang sama seperti blog mpseripinang dan mpseripinangning tetapi menjadi pelengkap kepada blog tersebut.
Semasa berkunjung ke rumah Balqis hujung tahun lepas, kami ada melahirkan hasrat untuk membuat perjumpaan dengan rakan-rakan point 2. Semoga dengan kewujudan blog ini akan menjadi jambatan penghubung antara kita dan akan berjaya menemukan kita.
Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan menghantar berita tentang diri dan keluarga masing-masing atau rakan-rakan yang lain agar dapat saya paparkan diblog ini untuk pengetahuan kita semua. Saya sedang mengusahakan paparan alamat dan perkembangan semua rakan point 2. Sekiranya rakan-rakan mempunyai maklumat tersebut hubungilah saya.
Bermula dari sekarang berita dan maklumat tentang MPSP tidak akan dipaparkan di blog santai lagi, sebaliknya akan dipapar di blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan. Kunjungilah blog MP Seri Pinang Dalam Kenangan di alamat http://mpseripinang9294.blogspot.com/.
Khamis, Mei 06, 2010
Kisah lalu di Telok Bahang...
Oleh: Haslimah Paimin
Berbalik cerita di Telok Bahang,rasanya nak ke tempat ni kena jalan kaki....jauh gak. Tak kisahlah.....tapi takde aktiviti mandi.Lecturer pun ada masa ni. Tak ingatlah nama?...Hey.derhaka sungguh anak murid ni, tak kenang budi.Sorry Cikgu...maklum saya pun dah tua,banyak memori terdelete....Masa ni Kak Ros n En. Hariff belum gitu-gitu lagi (kawan). Masing-masing...aku tengok engkau, engkau tengok aku. Tak silap masa kat maktab, Hariff ketua ...Kak Ros Penolong. Kak Ros ni aktif orangnya.....Hariff a bit pendiam. Alhamdulillah sahabat saya sekarang kekal dan punya anak dah...sudah besar rupanya anak sulung mereka.
Dalam gambar ni terlihat kak Balqis Kaderbawa,Kak Fauziah Nafis n Kak Su tentunya,Adami,Kaber,Kak Liza,Firdaus,khuziah Ramji (orang Selangor), Kak Sham (Baling Kedah),Saiful Hadi (sekarang kat Penang)... Moga mereka bahagia di samping kehidupan baru....Alangkah seronoknya jika masa itu dapat diputar kembali....tak mungkin!!!!!!
Rabu, Mei 05, 2010
Blog Penyambung Tali Persahabatan
Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan terutamanya point 2, menghantar maklumat dan perkembagan diri dan keluarga kepada saya untuk disiarkan di dalam blog ini.